Wednesday, October 2, 2013

Fenomena Halo Matahari Merbahaya Kalau Tidak Kena Cara Melihatnya
Salam semua, kecoh seketika apabila orang ramai di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Keadaan yang dari segi sains dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari Khamis.


APA ITU HALO ?

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan,  keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi. Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan tersebut, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.
PERHATIAN:


Pada orang ramai yang ingin melihat fenomena halo matahari tersebut perlu berhati-hati dan memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja.

Juga  berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).

No comments:

Post a Comment