Sunday, October 20, 2013


Untuk mendapatkan info cuaca di kawasan anda sila layari web ini.

39 masih hilang akibat Taufan Wipha

OSHIMA 17 Okt. - Pasukan penyelamat terpaksa meredah lumpur dan runtuhan kediaman bagi mencari berpuluh-puluh penduduk yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat Taufan Wipha, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang setakat ini.
Beratus-ratus anggota polis, bomba dan tentera menjalankan kerja mencari sepanjang malam di satu kawasan di mana bangunan-bangunan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.
Sekurang-kurang 39 orang masih hilang akibat Taufan Wipha, yang merupakan taufan terkuat melanda Jepun dalam tempoh satu dekad.
Polis berkata, seorang wanita terbunuh di barat Tokyo dan di pulau Oshima.
Kira-kira 15 anggota polis menggunakan gergaji dan penyodok untuk mengeluarkan seorang wanita warga emas yang tertimbus dalam lumpur dan runtuhan bangunan.
Kira-kira 8,000 penduduk yang tinggal di pulau Oshima mencari perlindungan di pusat pemindahan sebelum taufan itu membadai.
Sementara itu, Datuk Bandar Oshima, Masafumi Kawashima dikecam hebat kerana tidak mengeluarkan arahan berpindah, walaupun jabatan kaji cuaca berulang kali mengeluarkan amaran taufan besar.
Kawashima yang menghadiri satu persidangan ketika taufan itu melanda, semasa bercakap kepada pemberita berkata, beliau kesal tidak dapat memberitahu orang ramai supaya mencari pelindungan.
Penerbangan keluar dan masuk ke Tokyo kembali pulih hari ini, selepas kira-kira 400 penerbangan dibatalkan, semalam yang menjejaskan lebih 60,000 penumpang. - AFP

Tuesday, October 8, 2013

Info Gempa Bumi Terkini
Oktober 2013


Tarikh
Masa
(Waktu Tempatan)
         Lokasi           
Latitud
Longitud
Magnitud
(Skala Ritcher)
Kategori
Jarak
 4/10/2013
 8.44 malam
 Halmahera, Indonesia
 1.7°U
 127.8°T
 5.4
 Sederhana
 110km Timur laut Ternate,Indonesia.1075km Tenggara Semporna,Sabah.
 4/10/2013
 6.35 petang
 Selatan Timor, Indonesia
 11.5°S
 121.8°T
 5.1
 Sederhana
244km Barat Daya Kupang, Indonesia. 1665km Tenggara Sarikei, Sarawak. 
 3/10/2013
 12.13 petang
 Kepulauan Ryukyu,Jepun
 28.3°U
 130.0°T
 5.3
 Sederhana
 326km Timur laut Naha,Jepun.2755km Timur laut Kudat,Sabah.
 2/10/2013
 6.06 petang
  Pantai Irian Jaya Utara, Indonesia
 2.3°S
139.2 °T
 5.1
 Sederhana
 168km Barat Laut Jayapura,Indonesia.2418km Tenggara Semporna,Sabah
 1/10/2013
11.38 pagi
Laut Okhotsk, Russia 
 53.1°U
152.9 °T
6.6
Kuat
388km Barat laut Petropavlovsk Kamchatskiy,Russia.6084km Timurlaut  Kudat,Sabah

Wednesday, October 2, 2013

Fenomena Supermoon Bila Jarak Bulan Hampir Dengan Bumi

Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa). Orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
 Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer -Angkasa


Kenyataan pihak Angkasa itu juga menyebut, keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya. Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.
Fenomena Halo Matahari Merbahaya Kalau Tidak Kena Cara Melihatnya
Salam semua, kecoh seketika apabila orang ramai di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Keadaan yang dari segi sains dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari Khamis.


APA ITU HALO ?

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan,  keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi. Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan tersebut, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.
PERHATIAN:


Pada orang ramai yang ingin melihat fenomena halo matahari tersebut perlu berhati-hati dan memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja.

Juga  berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).

Berita Semasa/Peristiwa. #2


Gempa Bumi Terkini 2 Oktober 2013.

Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala Richter telah berlaku berhampiran pantai Irian Jaya Utara pada jam 6.06 petang, 2 Oktober 2013. Pusat gempa bumi terletak di latitud 2.3 Selatan longtitud 139.2 Timur. 2418km Tenggara Semporna,Sabah.

Sumber : MET Malaysia.

Pengenalan Kepada Cuaca & Iklim Malaysia. #1



Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musimmonsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadarkelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.

Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-­ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya,monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-­musim peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-­ubah.

Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu lautdengan kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu daratakan terjadi di kawasan pantai.

Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musimmonsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadarkelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.

Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-­ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya,monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-­musim peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-­ubah.

Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu lautdengan kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu darat akan terjadi di kawasan pantai.

Sumber : Google .