Monday, February 23, 2015

SIARAN MEDIA 
CUACA PANAS DAN KERING DIJANGKA BERAKHIR PADA PENGHUJUNG MAC 2015  (Dikeluarkan pada jam 1800, 13 Februari 2015)   

Negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac 2015. Oleh yang demikian, kebanyakan kawasan terutamanya di Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.  

Menjelang penghujung bulan Mac 2015  cuaca panas dan kering ini dijangka akan berakhir berikutan bermulanya musim peralihan yang akan membawa lebih banyak hujan.  
Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman sesawang MetMalaysia
www.met.gov.my, talian hotline 1-300-22-1638 dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysiamet
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 13 Februari 2015
 
FENOMENA CUACA SEJUK YANG DIJANGKA MELANDA NEGARA PADA JANUARI 2015 (Dikeluarkan pada jam 04.20 petang, 8 Januari  2015)   

Merujuk kepada artikel yang disiarkan di akhbar KOSMO pada 7 Januari 2015, MetMalaysia tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh berulang tidak semesti pada tahun ini.  

Udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan pantai timur semenanjung pada Januari tahun lepas. Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatatkan suhu serendah  17.20C seperti apa yang berlaku pada tahun lepas di Kuala Krai.  Walau bagaimanapun, fenomena berskala global seperti ini sukar diramalkan memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini.  

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan
www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysiamet

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 8 Januari  2015