Jerebu
Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

- Pembakaran
Secara Terbuka
- Asap Dari
Kilang
- Asap Dari
Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG
BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU |
Status
|
0 – 50
|
Baik
|
51 – 100
|
Sederhana
|
101 – 200
|
Tidak Sihat
|
201 – 300
|
Sangat Tidak Sihat
|
301 – 500
|
Berbahaya
|
Anda perlu mengikuti perkembangan
semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui
tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah
pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka
yang mengalami penyakit
•asma
•bronkitis
•radang paru-paru
•penyakit paru-paru yang kronik
•jantung
• alahan - Perokok
- Mereka
yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan
Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
- Mereka
yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit
mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang
ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka
yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat
seperti yang dinasihatkan.
- Penutup
hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang
motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang
berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko
tinggi.
- Sejauh
yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau
rumah.
- Kurangkan
aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan
kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya
keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko
tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.